AWANI Pagi: Langkah Selamat Jika Tersesat Ketika Mendaki
Aktiviti mendaki semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, namun insiden pendaki tersesat di kawasan hutan dan gunung masih kerap berlaku, terutamanya akibat kurang persediaan serta kegagalan mematuhi prosedur keselamatan.
Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami akan bersama Sabri Abdullah, pemandu pelancong alam semula jadi, untuk berkongsi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya tersesat ketika mendaki, selain tip persediaan awal dan amalan terbaik bagi mengurangkan risiko kecemasan di lokasi pendakian.