AWANI Pagi: UIAM kuantan | Memacu inovasi, perkasa penyelidikan sains kesihatan & semula jadi
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dimana intitusi pendidikan tinggi ini sedang melalui era baharu penjenamaan semula sebagai Pusat Sains Semula Jadi & Kesihatan dan inovasi mengenai C'reh™️ Botanical Brightening Serum yang merungkai penggunaan daun sireh sebagai produk kosmetik.