Wanita perlu bebaskan diri daripada pandangan lapuk, mentaliti ‘secondary’ kepada lelaki - Penganalisis
Pengarah dan Profesor Adjung Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Profesor Zaharom Nain berkata wanita perlu dibebaskan daripada mentaliti dan tanggapan seolah-olah golongan itu lebih rendah peranannya berbanding lelaki. Jelasnya, masih ramai wanita yang percaya kepada naratif ini yang menyukarkan usaha emansipasi kumpulan berkenaan. #DialogTigaPenjuru
