Kes amang seksual: Hukuman penjara guru bahasa Arab dinaikkan kepada 10 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang bersidang bersama dengan Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan Datuk Dean Wayne Daly membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan silang pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara terhadap Ahnaf Afiq Shairul Bazri, 35 tahun.