[TERKINI] “Individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar warganegara Malaysia” – YDPA.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan serta panduan hidup sebagai warganegara. Sultan Ibrahim bertitah, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, baginda menasihati agar individu berkenaan tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia. Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2026 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.