AUKU perlu dimansuhkan secara berfasa - KMUM
Timbalan Yang Dipertua 2 Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Ahmad Syakir Mohd Halili berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Akta 30) perlu dipinda secara berfasa kearah pemansuhan sepenuhnya. Jelasnya, perundangan tersebut telah menyebabkan mahasiswa semakin lesu dan terkongkong dalam bilik kuliah tanpa terlibat dengan masyarakat.