Isu pelaksanaan punca semua termasuk T15 terima subsidi RON95 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan di Parlimen bahawa masalah pelaksanaan menyebabkan Program Penyasaran Subsidi RON95 turut merangkumi kumpulan T15. 
Beliau menegaskan golongan berpendapatan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan masih terkesan dan tidak wajar dikelaskan sebagai penerima berpendapatan tinggi sepenuhnya.
