Kerajaan memberi tumpuan serius dalam membantu menambah pendapatan rakyat yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah berkata perkara itu antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015, yang akan dibentang pada 10 Okt ini dalam usaha membantu rakyat mengatasi peningkatan kos sara hidup.
Beliau berkata kerajaan dijangka mengumumkan peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain memastikan peningkatan perbekalan barangan makanan dan pengurangan peranan orang tengah.
"Bila cakap kos hidup ini, ia sepadan antara permintaan dan perbekalan, jadi kita akan pastikan perbekalan terutama barangan makanan meningkat dan kita telah berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimana hendak meningkatkan bekalan makanan termasuk ikan.
"Contohnya, dalam bajet ini kita mahu ikan dalam sangkar ditambah berbanding ikan di dalam laut dan keduanya, kita melihat kepada rantaian bekalan bagi mengurangkan peranan orang tengah.
"Jadi kita mahu agensi terlibat seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebagainya akan memainkan peranan penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abd Razak dan ADUN Padang Tengku Datuk Mustapa Long.
Ahmad Husni juga berkata bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan menyaksikan jumlah peruntukan yang lebih besar khususnya membabitkan perbelanjaan pembangunan.
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan di peringkat akhir melihat sentuhan utama yang akan dimasukkan dalam Bajet 2015, terutama perkara menyentuh kesejahteraan rakyat.
Bajet kali ini juga, katanya, memfokus kepada cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksana pada April 2015.
Sementara itu, mengulas persediaan pelaksanaan CBP, Ahmad Husni berkata pihaknya menyasarkan lebih 123,000 syarikat mendaftar menjelang penghujung tahun ini.
Bernama
Sat Aug 23 2014
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah - Gambar fail
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
#AWANI745
#AWANI745
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.
Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'
Perbicaraan 1MDB Najib bermula tegang pagi ini dengan peguam utamanya terlibat dalam perbalahan dengan saksi, bekas Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni
Ahmad Husni, 70, berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009.
Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan
Bung Moktar dan beberapa ALP lain bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu.
Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.
Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib
Tuduhan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau diperlakukan sekadar office boy adalah satu komedi, kata Najib Razak.
Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt
Pendakwaan menutup kesnya terhadap Najib selepas pemeriksaan balas saksi terakhir, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain.
Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib
Husni memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebaliknya.
Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi
Datuk Mat Noor Nawi, 64, berkata kaedah yang dinyatakan di dalam deraf memorandum pemindahan tersebut adalah bayaran interim daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan.
Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi
Amirul Imran berkata surat bertarikh 3 Jun 2011 dan ditandatangani Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil itu memohon pinjaman bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.