Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam satu serangan udara yang diketuai Arab Saudi berhampiran pelabuhan Laut Merah di Yaman pada Isnin.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan negara itu Walid Al-Emmad, serangan ke atas kawasan Hodeida itu dilakukan pada Isnin mengenai kawasan perumahan pelarian.

Antara yang terbunuh termasuk lapan wanita dan lima kanak-kanak perempuan.

Konflik membabitkan negara arab itu yang berlanjutan sehingga tiga tahun telah menyaksikan kematian lebih 10,000 orang setakat ini.

Arab Saudi terus memburu pejuang-pejuang Houthi yang bersekutu dengan Iran yang didakwa membekalkan peluru berpandu kepada puak pemberontak Yaman itu.

Puak Houthi pula dilaporkan telah melancarkan sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu balistik rentas sempadan ke arah Arab Saudi pada 26 Mac yang membunuh seorang rakyat Saudi.