ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 di United Kingdom (UK) dilaporkan tidak memberi refleksi sebenar kepada jumlah korban negara itu kerana ia tidak mengambil kira kesemua kematian di pusat jagaan warga emas.

Pejabat Statistik Kebangsaan negara itu menyatakan bahawa jumlah kematian sebenar adalah sekurang-kurangnya 10 peratus lebih tinggi berbanding angka yang dilaporkan, iaitu 12,107 setakat Selasa.

Lebih 2,000 pusat jagaan warga emas, iaitu 13 peratus daripada jumlah keseluruhan negara itu, telah merekodkan kes positif COVID-19, menurut Dr Chris Witty, ketua penasihat perubatan kerajaan.

Menurut Care England, sebuah badan kebajikan, dianggarkan hampir 1,000 kematian akibat COVID-19 di pusat jagaan warga emas.

Dua pusat jagaan besar turut melaporkan 521 korban dalam beberapa hari lepas, kebanyakannya tidak dilaporkan dalam statistik rasmi.

Pengkritik mendakwa bahawa banyak kematian masih tidak dilaporkan secara rasmi, terutamanya kematian yang berlaku di luar hospital.

Jika melihat kepada kesemua kes kematian di UK akibat daripada semua punca, minggu bermula 28 Mac ke 3 April mencatatkan lebih 16,000 kematian - dalam 6,000 lebih daripada jumlah purata untuk tempoh itu.