ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 18 Julai 2020.
1) Penyelidik kenal pasti 6 'jenis' COVID-19
Para saintis berjaya mengenal pasti enam jenis COVID-19 menerusi pengumpulan data daripada aplikasi COVID Symptom Study oleh King’s College London.
2) Kanak-kanak selamatkan adik yang diserang anjing terima perisai daripada 'Captain America'
Aktor Hollywood yang terkenal dengan watak "Captain America", Chris Evans menyampaikan mesej istimewa buat Bridger Walker, kanak-kanak enam tahun yang cedera teruk di muka selepas menyelamatkan adik perempuannya dari diserang anjing.
3) Polis rampas dadah dalam biji kopi dikirim kepada 'musuh John Wick'
Polis di Lapangan Terbang Malpensa, Milan Itali merampas sejumlah kokain yang disembunyikan di dalam 500 butir kopi bersaiz besar dalam satu operasi baru-baru ini.
4) Kes COVID-19 hampiri 14 juta, India negara terbaharu rekod 1 juta jangkitan
Ia menjadikan negara itu sebagai negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat dan Brazil.
5) Kematian global akibat COVID-19 melebihi 593,000 kes
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 10,000 kes dalam tempoh 48 jam.
6) 'Ingatkan penonton tak perasan' - Gigi penyampai berita tercabut ketika siaran langsung
Apa tidaknya dengan segala macam gangguan teknikal, kesilapan tidak disengajakan serta kerenah tetamu yang sukar diramal.
7) Banjir luar biasa melanda Northland di New Zealand
Kejadian ribut dan hujan lebat luar biasa melanda Northland di New Zealand sejak Jumaat.
Fenomena itu dikatakan pernah berlaku setiap 500 tahun dan menyebabkan kejadian tanah runtuh.
8) COVID-19: Singapura sahkan 202 kes baharu, tujuh kes dalam komuniti
Singapura sahkan 202 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tujuh kes dalam komuniti.
9) Kematian akibat COVID-19 di Indonesia lepasi angka 4,000
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 84,882 kes, menyaksikan tambahan jangkitan baharu sebanyak 1,752 dalam tempoh 24 jam.
10) Tekan leher lelaki guna lutut, pegawai polis digantung tugas
Seorang anggota polis di London digantung tugas manakala seorang lagi dihadkan tugas selepas video mereka menekan leher seorang lelaki kulit hitam menggunakan lutut tular di media sosial.
Isabelle Leong
Sat Jul 18 2020
Ikuti berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 18 Julai 2020.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024