Tujuh mayat berjaya ditemukan manakala hampir 200 lagi dilapor masih hilang susulan kejadian empangan runtuh di tenggara Brazil berhampiran bandar Melo Horizonte.

Kejadian di empangan milik Vale, firma perlombongan terbesar di Brazil, dilaporkan berlaku pada tengah hari Jumaat.

Difahamkan, ketika kejadian, kira-kira 300 pekerja berada di kawasan sekitar dan sebahagian besar daripada mereka sedang makan tengah hari.

Banjir lumpur telah merosakkan pejabat dan kafeteria.

Ia merupakan tragedi kedua terbesar di Brazil membabitkan runtuhan empangan milik Vale dalam tempoh tiga tahun.

Kedua-duanya berlaku di negeri Minas Geras yang masih dalam proses pemulihan daripada runtuhan empangan pada November 2015 yang mengakibatkan 19 orang terbunuh.

Pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan setakat ini.