BUKAN seorang, tetapi empat lelaki yang tidak berperikemanusiaan tergamak merogol sepupu mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

Sejak diperlakukan seperti hamba seks, remaja berusia 18 tahun di sebuah kampung di India bimbang untuk memberitahu ibu dan bapanya kerana diancam ugutan bunuh.

Bukan hanya diancam dengan ugutan membunuh, mangsa juga dipaksa menggugurkan kandungannya bagi mengelak perkara terkutuk itu diketahui.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa dirinya itu.

Menurut jurucakap polis, hasil soal siasat mendapati, mangsa turut menerima ugutan bunuh sekiranya dia menceritakan mengenai kejadian itu.

"Remaja malang itu juga memutuskan untuk memberitahu ibu dan bapanya selepas dia disahkan hamil," katanya jurucakap polis itu seperti dipetik portal Times Of India.