Perdana Menteri Britain Theresa May umum pilihan raya dijadualkan 8 Jun ini akan diteruskan walaupun berlaku dua serangan yang menyebabkan tujuh orang awam maut, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Tertinggi Negara berhubung serangan London.

"Sebagai tanda menghormati kedua-dua parti politik yang telah menjalankan kempen pada hari ini, keganasan tidak akan dibenarkan mengganggu proses demokrasi, jadi kempen tersebut akan disambung semula secara penuh pada esok (Isnin) dan Pilihan Raya Umum akan teruskan seperti yang dirancang pada Khamis," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen di hadapan pejabat Downing Street.

May terdahulu umum penggantungan kempen pilihan raya pada Ahad susulan serangan berkenaan.

Tindakan itu bagaimanpun tidak diikuti parti UKIP.