STUDIO Disney dan Lucasfilm hari ini mengumumkan bahawa filem Star Wars siri terbaru, Star Wars:Episode VIII, yang sepatutnya ditayangkan pada Mei 2017 akan ditangguhkan kepada 15 Disember 2017.

Bagaimanapun, syarikat produksi tersebut tidak mendedahkan punca utama keputusan penangguhan ini, namun menegaskan kejayaan Star Wars: The Force Awakens yang memecahkan rekod box office pada Disember lalu sememangnya satu pencapaian hebatnya.

Filem itu telah berjaya meraih kutipan lebih dari AS$861 juta di Amerika Utara serta AS$189 juta di pasaran global.

BACA: Star Wars: The Force Awakens lepasi kutipan Titanic di AS

BACA: Star Wars: The Force Awakens cecah AS$1 bilion selepas 12 hari

Filem itu telah berjaya meraih kutipan lebih dari AS$ 861 juta dalam negara serta AS$ 189 juta secara global.

Malah, pengarah filem Episode VIII, Rian Johnson juga ingin melakukan sedikit perubahan dalam produksi filem terbaru itu.

Pasukan filem itu akan memulakan penggambaran utama mereka di London pada bulan depan.