Berita  |  Hiburan

Melentuk bagai dengan orang utan, Luna Maya teruk kena kecam!

Melentuk bagai dengan orang utan, Luna Maya teruk kena kecam!
Tindakan majalah itu menampilkan haiwan terancam juga mendapat kecaman daripada netizen.
PELAKON terkenal Indonesia, Luna Maya dikritik apabila tampil bersama orang utan untuk sebuah sesi fotografi sebuah majalah tempatan.

Yayasan Perlindungan Orang Utan Borneo (Borneo Orang Utan Survival Foundation) mengutuk konsep penerbitan majalah itu yang mengeksploitasi haiwan terancam.

"Borneo Orang Utan Survival (BOS) Foundation berasa kecewa terhadap kandungan ini.
"Orang utan adalah spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang. Tidak selayaknya orang utan diperlakukan sebegini, dipromosi sebagai haiwan peliharaan atau permainan," tulis BOS Foundation di Instagram.
 


Yayasan berkenaan juga menegaskan, pihak penerbitan bahan bacaan itu sepatutnya peka dan memahami akan sensitiviti mengenai perkara itu terutama membabitkan tentang haiwan yang semakin pupus dan dilindungi.

Tindakan majalah itu menampilkan haiwan terancam juga mendapat kecaman daripada netizen.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @bridesindonesia

UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI