Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan hak-hak Sarawak yang bakal diserahkan kembali oleh kerajaan persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA 1963) dan Perlembagaan Persekutuan pada Selasa ini di Kuching.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan persetujuan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis atau terambil di bawah MA 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya akan umumkan hak-hak yang akan kita dapat balik dan menjadi hak-hak Sarawak. Saya tidak mahu umumkan di sini sekarang. Kalau nak dengar boleh datang ke Kuching.
"Saya berani melakukan semua ini kerana hanya kita boleh menentukan masa depan kita sendiri dan banyak pembangunan strategik akan dilakukan," katanya semasa berucap pada Malam Perpaduan bersempena sambutan Chap Goh Meh, di sini malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata Sarawak perlu ada satu polisi baharu bagi melindungi kepentingan semua rakyat dan ini menuntut kerjasama erat parti-parti politiknya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) termasuk Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi menyalurkan suara rakyat.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar SUPP dan UPP bersatu demi menjaga kepentingan masyarakat Cina yang mereka wakili di negeri ini.
Katanya pada lima majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang beliau hadiri di negeri ini, masyarakat Cina Sarawak meminta beliau berusaha menyatukan SUPP dan UPP.
"Saya akan cuba tetapi semua ini terpulang kepada komuniti Cina dan ahli-ahli politik (Cina) perlu menimbang kepentingan komuniti mereka," katanya.
"Kalau SUPP yang mempunyai tujuh kerusi dan UPP lima kerusi bersatu memang boleh jadi kuat. Tapi apabila kamu berpecah susah untuk urus.
"Tapi bila kita fikirkan tentang Sarawak kita perlu bersatu kerana yang akan mendapat manfaat ialah rakyat Sarawak dan juga masyarakat Cina," katanya.
Abang Johari berkata sebagai ketua menteri, beliau memerlukan satu pasukan mantap untuk mentadbir dan membangunkan Sarawak yang mempunyai masa depan yang cerah.
Ini katanya ditambah pelaburan berbilion ringgit daripada China yang memerlukan penyertaan masyarakat Cina dalam pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri.
"Pelaburan China banyak masuk kerana mereka mengetahui kita mempunyai budaya percaya-mempercayai. Mereka sanggup berkongsi teknologi untuk mendapatkan tenaga hidrogen daripada sumber air. Sarawak mempunyai banyak sumber air yang boleh dimanfaatkan.
"Menerusi teknologi ini, hujung tahun ini satu prototaip bas menggunakan kuasa hidrogen akan diperkenalkan. Jadi Sarawak boleh belajar daripada China kerana anda semua boleh berbahasa Mandarin. Oleh sebab itu kita memerlukan masyarakat Cina," katanya.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang juga Presiden UPP Datuk Seri Wong Soon Koh serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 03 2018
Abang Johari berkata sebagai ketua menteri, beliau memerlukan satu pasukan mantap untuk mentadbir dan membangunkan Sarawak yang mempunyai masa depan yang cerah. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.