Badan pengurusan bersama One City JMB dan One City Properties Sdn Bhd, pemaju di kawasan yang melibatkan tapak kuil Sri Maha Mariamman dijangka mengadakan sidang media di sebuah Hotel di Subang Jaya, petang ini.

Sidang media yang pada jam 3 petang itu diadakan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan untuk menangguhkan proses ambil alih tapak kuil berkenaan.

Sidang media itu dijangka menjawab beberapa persoalan sama ada andaian bahawa pihak pemaju terlibat membayar kumpulan samseng sehingga mencetuskan kemarahan penganut Hindu di kuil berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatkan One City Development Sdn Bhd telah melakukan kesilapan kerana 'mengupah' orang Melayu untuk mengawal Kuil Sri Maha Mariamman itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL