Begitu banyak kerjasama dalam sektor berpotensi boleh dijalinkan antara Malaysia dan Argentina meskipun secara geografi kedudukannya jauh antara satu sama lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata, mesyuarat dua hala beliau dengan Naib Presiden Argentina, Marta Gabriela Michetti pada Jumaat adalah amat menggalakkan dengan topik perbincangan bukan sekadar untuk meningkatkan hubungan diplomatik malah perdagangan.
"Beberapa bidang berpotensi untuk kerjasama itu termasuk pertanian, teknologi terutama pertukaran tekonologi dalam pertanian, perdagangan dan tenaga yang diperbaharui," katanya selepas mesyuarat dua hala selama sejam di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
Dr Wan Azizah berkata, Michetti juga menjemput beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Argentina untuk berbincang lanjut mengenai usaha bagi meningkatkan hubungan dua hala.
Michetti adalah dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari 2-6 Mei. Ini adalah lawatan rasmi pertama dari pihak Argentina sejak 22 tahun lepas. Kali terakhir lawatan rasmi ialah oleh bekas Presidennya, Carlos Menem pada 1990 dan 1997.
Semasa lawatan ini, Michetti juga dijadual mengadakan mesyuarat meja bulat dengan syarikat-syarikat dari Malaysia dan Argentina, berhubung peluang-peluang perdagangan dan pelaburan bagi kedua-dua negara.
Pada tahun lepas, perdagangan dua hala antara Kuala Lumpur-Buenos Aires berjumlah AS$1.34 bilion, dengan eksport ke Argentina bernilai AS$140 juta dan import dari Argentina bernilai AS$1.2 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2019
Topik perbincangan antara Malaysia dengan Argentina bukan sekadar untuk meningkatkan hubungan diplomatik malah perdagangan. - Astro AWANI
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Warga Venezuela di Argentina protes tuntut pilihan raya bebas
Puluhan migran Venezuela yang menetap di Argentina berarak di Buenos Aires bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro serta menuntut pilihan raya bebas.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penampakan 'UFO' di Argentina
Sebuah rakaman memaparkan objek aneh berbentuk bulat berlegar-legar di wilayah Tucuman, Argentina mencetuskan tanda tanya.
Kemiskinan di Argentina cecah paras tertinggi 57.4 peratus - Kajian
Tahap kemiskinan itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai Argentina dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.
Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina.
Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.
Tunjuk perasaan di Argentina protes lawatan Presiden Javier Milei ke Israel
Dianggarkan ratusan peserta tunjuk perasaaan berkumpul di luar premis Kementerian Luar Negeri Argentina untuk menyuarakan protes terhadap lawatan Presiden Javier Milei ke Israel pada Isnin.