Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta pihak-pihak yang berbeza pendapat berhubung penanaman ketum secara komersial supaya memberi peluang kepada pakar membentangkan kajian mereka.
Katanya walaupun ada laporan atau kajian tumbuhan tersebut mempunyai khasiat dari segi perubatan namun dari segi perundangan pula perkara tersebut belum mencapai kata putus.
"Perkara ini telah dua kali dibawa ke Parlimen. Kita hendak kategorikannya sebagai dadah pun tidak boleh kerana kandungannya bukan dadah. Ketum hanya memberi kesan tidak baik apabila dicampur dengan bahan lain.
"Justeru, kajian lengkap perlu dilaksanakan oleh pakar dan dibentangkan kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas perbezaan pendapat antara Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung perkara itu.
Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada 54 murid Sekolah Rendah Kebangsaan (C) Chin Hun di sini, pada Jumaat.
Azlan sebelum ini bertegas menolak cadangan menanam ketum secara komersial di Perlis bagi mencegah masalah sosial akibat penyalahgunaan tumbuhan itu dan mahu ketum yang diletak di bawah Akta Racun 1952 ditukar kepada Akta Dadah Berbahaya 1952.
Zahidi dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas menyifatkan Azlan sebagai tidak cerdik kerana menolak buta-buta cadangan menanam ketum untuk eksport untuk membantu rakyat yang bergantung hidup kepada hasil ketum.
Selain itu, Shahidan berkata walaupun kedua-dua pemimpin itu mempunyai pandangan dan alasan tersendiri, beberapa aspek seperti kelebihan ketum menggantikan dadah untuk tujuan perubatan harus diambil kira.
"Saya bagaimanapun menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan setelah menghalusi laporan dan cadangan pakar," katanya dan menambah isu tersebut tidak wajar diperbesarkan lagi.
Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) akan digerakkan untuk membantu mengawasi kawasan tadahan di Cameron Highlands, Pahang.
Katanya persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara beliau dan ketua pengarah Jabatan Perhutanan semalam selain kawasan tadahan yang ditebang balak secara haram perlu dipulihkan serta merta bagi mengatasi kesan negatif terhadap alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2018
SHAHIDAN: Ketum hanya memberi kesan tidak baik apabila dicampur dengan bahan lain.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.