ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 14 Ogos 2020.

1) COVID-19: Kluster Muda dikesan di Kedah, dua kes positif dicatat

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa pertama kluster terbabit merupakan seorang anggota polis di daerah tersebut.

2) COVID-19: 20 kes positif dicatat, satu lagi kluster baharu dikesan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 11 kes tersebut merupakan dari Kluster Tawar di Baling, Kedah.

3) COVID-19: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd Yasid Bidin berkata, daripada jumlah berkenaan, 121 tabika dan dua taska berada di daerah Kubang Pasu, lapan tabika dan dua taska (Padang Terap), satu tabika (Kulim Bandar Baharu) dan lima tabika di Kuala Kedah.

4) Lebih 100 penduduk, peniaga di Napoh akan saman tauke Nasi Kandar Salleh RM1 juta

Tindakan itu diambil sebagai langkah dalam menuntut semula kerugian yang dialami termasuk kesan terhadap psikologi penduduk selepas pemilik restoran terbabit menjadi punca ataupun kes indeks bagi Kluster PUI Sivagangga.

5) COVID-19: 'Makcik gelang pink' didenda RM8,000, dipenjara sehari

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu selepas Nur Emah Mohamad Hashim, 72 tahun, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

6) KDNK menyusut 17.1 peratus pada suku tahun kedua 2020

KDNK Malaysia menyusut 17.1 peratus daripada pertumbuhan marginal 0.7 peratus pada suku tahun pertama 2020.

7) 'Laporan kewangan Tabung Haji 2018 tidak dibentang, bukan tak buat' - Mujahid

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menegaskan laporan kewangan Tabung Haji 2018 tidak dapat dibentangkan ekoran berlaku pertukaran kerajaan pada Februari 2020.

8) Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman

Peguam Mohd Asri, Datuk Shaharudin Ali berkata pada mulanya anak guamnya itu disoal siasat sekitar sejam setengah sebelum mereka pergi menunaikan solat Jumaat.

9) Mahkamah tolak permohonan Najib batalkan pertuduhan pinda laporan 1MDB

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, 67, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.

10) Slim Memilih: Tiada lagi penggunaan berus, sarung tangan plastik

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan oleh SPR pada hari pengundian tersebut.