Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mencadangkan agar penalti lebih berat dikenakan terhadap penganjur yang membenarkan mereka tanpa tauliah memberi ceramah agama di negeri ini.
Mohamad berkata cadangan ini akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam masa terdekat.
Mohamad yang juga Pengerusi MAINS berkata pihaknya tidak mahu umat Islam khususnya di Negeri Sembilan bercelaru bila terdapat mereka yang menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Katanya, pelbagai ajaran yang disebarkan menyebabkan umat Islam huru-hara dan berpecah-belah.
"Jadi, banyak kita tangkap. Macam di Kuala Pilah baru-baru ini pun kita tahan. Macam-macam ilmu... ada pula zikir tarik nafas. Pada pandangan saya, umat Islam masa kini banyak bercakap tentang Islam tetapi tidak bekerja untuk Islam," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, hari ini.
Menteri Besar berkata, mengikut enakmen tarikat, mereka yang ingin mengajar agama di negeri ini mesti ada tauliah.
Pada 5 Januari lepas, seorang penceramah bebas didenda RM900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban selepas mengaku bersalah mengajar agama tanpa tauliah di sebuah surau di Senawang.
Mohamad berkata, penganjur ceramah mesti mendapatkan surat kebenaran.
"Kadang-kadang, macam orang luar negara datang, dia tidak tahu kerana dia dijemput. Bila dia dijemput bukan salah dia, tapi salahnya penganjur.
"Baru-baru ini, orang dari Indonesia datang dan dibawa ke sebuah surau di sini (memberi ceramah). Penganjur adalah surau tersebut... mesti diambil tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
MOHAMAD: Penalti lebih berat terhadap penganjur yang membenarkan mereka tanpa tauliah memberi ceramah agama. - Gambar fail
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Kerajaan akan pastikan kebajikan warga ATM terpelihara - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengesahkan bahawa ATM telah menghantar pasukan pertama ke Turkiye bagi membantu usaha pencarian di sana.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
BN harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip.
Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam tempoh enam bulan akan datang adalah masa terbaik adakan PRU15.
"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Beliau dalam perkongsian di laman Twitter dan Instagram menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan beliau adalah calon PM bagi PRU ke 15.
Pelantikan Kabinet tidak adil - Mohamad Hasan
Itu yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan pelantikan Jemaah Kabinet baharu.
Saya sebagai 'midfielder' UMNO - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah atau midfield buat parti keramat orang melayu itu.
Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4,510 undi.
PRK Rantau: BN dahului undi pos, undi awal - Tidak rasmi
Calon BN mendahului calon PH melalui undi pos dan undi awal PRK Rantau berdasarkan kiraan tidak rasmi.
Kemenangan PRK hadiah ulang tahun perkahwinan - Streram
Bagi calon Pakatan Harapan Dr S Streram, kemenangan dalam PRK DUN Rantau adalah lebih daripada kemenangan politik.