KOTA KINABALU:Empat buah sekolah di Sandakan diarahkan tutup susulan 10 orang pelajar dan empat orang guru disahkan dijangkiti COVID-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata ia melibatkan seorang guru di SM St Mary Sandakan, tujuh orang pelajar asrama, seorang pelajar luar dan dua orang guru di SMK Elopura Bestari, seorang guru dan seorang pelajar di SMK Batu Sapi, dan seorang pelajar di SMK Perempuan Sandakan.
"Bagi murid yang tidak dijangkiti, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan seperti biasa, iaitu melalui pembelajaran dalam talian dan menggunakan modul pembelajaran bercetak yang telah disediakan oleh guru masing-masing.
"Empat sekolah yang terbabit telah diarahkan tutup selama 10 hari oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan COVID-19 di sekolah," kata beliau dalam sidang media laporan harian COVID-19 pada Jumaat.
Dua kluster telah dikesan hari ini, iaitu Kluster Tinanom, Ranau (46 kes kumulatif) di mana kes indeks merupakan pelajar yang dikesan positif melalui saringan masuk asrama; dan Kluster Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu (12 kes kumulatif) yang dikesan melalui saringan individu bergejala.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kemasukan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berserta tanggungan (bukan berasal dari Sabah) yang bertugas di negeri ini sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: COVID-19: 5,725 kes baharu, jumlah kes di Malaysia lepasi angka 200,000
Pengecualian ini juga terpakai untuk diplomat yang layak di bawah Perintah Pengecualian (Exemption Order) dan tanggungan serta anak kapal (tidak melibatkan sektor minyak dan gas) bagi warganegara dan bukan warganegara yang masuk bagi menjalankan aktiviti sign-on atau joint ship.
Mereka tidak perlu memohon Kelulusan Khas, bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dirujuk dalam Panduan Kebenaran Masuk Ke Sabah Dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kelonggaran ini dibuat agar memastikan urusan-urusan rasmi mereka di Sabah tidak terjejas kerana kelambatan pihak kita untuk mengurus dan juga mempertimbangkan permohonan-permohonan yang sebelum ini terpaksa mereka buat," jelas beliau.
Tambah Masidi, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya, farmasi, kedai menjual ubat-ubatan, kedai dobi serta kedai cermin mata, di antara jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam.
"Kesemua aktiviti perniagaan ini tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada," ujar beliau.
Secara keseluruhan, Sabah mencatatkan 288 kes baharu positif COVID-19 dengan dua kes kematian, iaitu dari daerah Papar dan Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Jan 29 2021
MASIDI: Empat sekolah yang terbabit telah diarahkan tutup selama 10 hari oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan COVID-19 di sekolah. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina
Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.
Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.
Guru positif COVID-19, dua sekolah di Lawas tangguh pembelajaran bersemuka
Dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Lawas iaitu SMK Trusan dan SMK Merapok ditangguh pembukaan sesi pembelajaran bersemuka ekoran guru positif COVID-19.
COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari
Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.
COVID-19: Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup sejak bulan lepas
Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas setelah terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangan dan murid di institusi pendidikan itu.