Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan sebuah syarikat yang baru lima bulan beroperasi dan tanpa sebarang profil namun dikatakan telah diberikan tanah seluas 400 hektar.
Ketua gabungan itu, Thomas Su Keong Siong berkata 'syarikat dua ringgit' dengan dua orang individu pemegang saham tersebut telah diberikan tanah berkenaan di dua kawasan iaitu Kledang Saiong dan Bukit Kinta untuk projek pembangunan ladang hutan dalam hutan simpan.
Beliau menyifatkan isu berkenaan sebagai satu perkara yang tidak betul dan memerlukan campur tangan SPRM bagi mengesan salah laku dalam transaksi berkenaan.
"Jadi apa yang kami nak tahu sekarang bilakah syarikat ini memohon permit, sebab ia baru lima bulan beroperasi dan kenapa kelulusan premit ini diberi kepada syarikat ini dan bukan syarikat lain.
"Isu lebih penting lagi ialah Menteri Besar tidak tahu bila tanah ini dikeluarkan sebagai status hutan simpan... dia (Ahmad Faizal) perlu jawab kerana bagi kami hutan simpan perlu dikekalkan.
"Ia menimbulkan keraguan kepada rakyat Perak dan saya menerima banyak panggilan berhubung isu ini," dakwanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di perkarangan bangunan SPRM di Meru Raya, di sini pada Isnin.
Thomas juga berkata, beliau hairan ramai petani di kawasannya yang telah mengusahakan tanaman di tanah kerajaan berpuluh-puluh tahun, namun mereka gagal mendapat lot tanah.
"Apa yang berlaku sekarang, semua tanah diberikan kepada MB Inc, SADC dan agensi kerajaan lain, jadi kenapa petani yang telah berusaha sekian lama tidak mendapat tanah sedangkan syarikat baru lima bulan dapat," katanya dan menambah perkara ini perlu ditangani segera.
Katanya lagi, di bawah kerajaan 'Malaysia Baharu', semua perkara lama yang berlaku di bawah kerajaan lama tidak boleh diterima lagi dan penting untuk kerajaan Perak meneliti semula polisi pemberian tanah sedemikian.
"Ini penting kerana bagi saya pemberian 400 hektar tanah ini untuk tempoh 50 tahun dan ia diperbaharui setiap tahun. Saya menggesa Menteri Besar ambil tindakan hentikan segala aktiviti syarikat ini.
"Sekiranya ada kawasan yang belum diteroka dalam 400 hektar ini... ia perlu dihentikan demi memelihara hutan simpan," katanya.
Aida Aziz
Mon Feb 11 2019
Thomas Su Keong Siong bercakap kepada petugas media di perkarangan bangunan SPRM di Meru Raya, di sini pada Isnin. - Astro AWANI
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Polis berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan
Polis menyiasat isu tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita diperlekeh anggota pasukan keselamatan itu ketika membuat laporan di Ipoh, tengah malam tadi.
PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.
Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.
Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dengan gangguan seksual supaya tampil atau membuat laporan.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Laporan Amnesty: Jumlah hukuman mati di seluruh dunia naik 53 peratus pada 2022
Terdapat sekurang-kurangnya 883 hukuman mati di 20 negara tahun lalu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Polis tahan suspek larikan lelaki
Polis menahan seorang suspek lelaki bagi menyelesaikan kes dipercayai melarikan seorang lelaki secara salah di hadapan Hotel Dikly, Shahab Perdana, di sini pada Isnin.
MPPK diarah sedia laporan berkaitan beban tugas, kebajikan guru
Laporan itu perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan.