Deklarasi Rakyat akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja selepas selesai mengumpul tandatangan rakyat, kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Menurut beliau, setakat ini maklum balas yang diterima daripada rakyat jelata mengenai deklarasi berkenaan adalah positif.

"Deklarasi itu akan dikemukakan kepada pihak kerajaan juga, sebagai refleksi kepada suara rakyat," kata Mukhriz pada sidang media di Pagoh selepas mengadakan siri jelajah bertemu warga Muar, Segamat dan Tangkak hari ini.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Deklarasi Rakyat merupakan langkah untuk menyelamatkan Barisan Nasional daripada kalah pada pilihan raya umum akan datang.

BERITA LANJUT MENYUSUL