PUTRAJAYA: Sebanyak tujuh lukisan murid-murid sekolah menengah dipilih menghiasi muka hadapan Buku Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2021 yang diserahkan secara rasmi kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) hari ini sebagai tanda pengiktirafan hasil seni tersebut.
Kesemua lukisan itu dihasilkan melalui pertandingan melukis poster yang diadakan melalui e-Program Wira Anti Rasuah (WAR) Sekolah Menengah SPRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020.
Pemilihan semua poster tersebut bertujuan untuk menyampaikan mesej bahawa setiap lukisan adalah ekspresi kebencian pelajar terhadap sebarang bentuk perbuatan rasuah.
Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping Perak, Ng Si Ying berkata, beliau mendapat ilham menghasilkan lukisan ini menerusi pembacaan di laman web selain merujuk kepada portal SPRM.
Beliau yang ketika itu berada di Tingkatan Satu berkata, beliau dimaklumkan mengenai pertandingan itu oleh guru sekolah dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkan lukisan yang menggunakan cat air dan pensel warna.
“Lukisan saya menggunakan tangan sebagai simbolik menolak rasuah dan logo SPRM sebagai satu agensi penguatkuasa membanteras rasuah di negara ini serta ingin menyampaikan mesej kepada pemimpin negara bahawa kami mahukan sebuah negara yang bebas rasuah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan buku Laporan Tahunan SPRM 2021 kepada panel LPPR di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya menyerahkan buku Laporan Tahunan SPRM 2021 kepada Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ahmad Khusairi dalam ucapannya berkata, buku Laporan Tahunan SPRM 2021 itu diterbitkan selaras peruntukan Seksyen 11 (2) Akta SPRM 2009.
Katanya, buku ini mengandungi laporan komprehensif aktiviti SPRM sepanjang tahun 2021 berkaitan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan dalam usaha SPRM memerangi jenayah rasuah.
Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi, ahli-ahli LPPR iaitu Tan Sri Ismail Omar; Datuk Seri Azman Ujang; Datuk Dr Hamzah Kassim dan Datuk David Chua Kok Tee.
Seorang lagi pelajar Tingkatan Empat, Gracelyn Loh Yee Thing dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China, Pulau Pinang pula berkata, beliau mengambil masa selama dua minggu untuk menghasilkan lukisan ini dan mendapat idea melalui beberapa laman web selain turut merujuk portal SPRM.
“Saya agak terkejut dan gembira kerana lukisan ini terpilih sebagai penghias muka hadapan buku Laporan Tahunan SPRM 2021,” katanya.
Sementara itu, Doreen Tan Ping Ping, ibu kepada Gracelyn Loh Yee Thing berkata, beliau amat teruja apabila dimaklumkan bahawa lukisan anaknya terpilih dan akan dicetak di muka hadapan buku laporan itu.
Beliau yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, dia mengetahui mengenai pertandingan melukis itu daripada laman web dan memberitahu kepada anaknya untuk menyertainya bagi memenuhi masa terluang kerana ketika itu sekolah ditutup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya menyambut baik pertandingan ini diadakan dan ini adalah cara terbaik untuk mendidik generasi muda khususnya pelajar sekolah mengenai rasuah,” katanya.
Buku Laporan Tahunan SPRM 2021 boleh didapati di portal SPRM dengan melayari laman web www.sprm.gov.my.
Astro Awani
Tue Jul 26 2022
Kesemua lukisan itu dihasilkan melalui pertandingan melukis poster menerusi e-Program Wira Anti Rasuah Sekolah Menengah SPRM dan KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2020. - Foto: SPRM
Kad fleet di bawah SKDS ada had pengisian liter diesel - Timbalan Menteri
Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan mempunyai had pengisian dari segi liter.
AWANI Ringkas: Disalurkan untuk keperluan pengangkutan awam & STR
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya
Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius.
Segerakan reformasi dasar, atasi pengangguran belia - Pakar
Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, ini memerlukan pendekatan holistik melibatkan perubahan dasar, peningkatan pelaburan dan pengukuhan hubungan antara pendidikan dan industri.
Hasrat TMJ sebenarnya ingin merakyatkan kepimpinan
Hasrat Tunku Ismail menggesa reformasi sistem persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi adalah sebenarnya bertujuan me'rakyat'kan kepimpinan.
Menurut tafsiran penganalisis politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, hasrat itu antara lain sebenarnya bertujuan menyatukan ideologi berbeza ahli politik di Johor, demi kepentingan rakyat.
Menurut tafsiran penganalisis politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, hasrat itu antara lain sebenarnya bertujuan menyatukan ideologi berbeza ahli politik di Johor, demi kepentingan rakyat.
Menggagas peluang dan inovasi pertumbuhan pertanian global
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang, merupakan MAHA edisi khas 2024 sempena meraikan 100 tahun penganjuran.
Janji turunkan harga minyak itu pada 2008, ekonomi ketika itu berbeza - PM Anwar
Malah, tambah Anwar, harga minyak Malaysia pada ketika ini adalah lebih murah berbanding negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.
Pelarasan subsidi bukan untuk naikan elaun menteri - PM Anwar
Penyasaran subsidi diesel adalah langkah ketiga dilaksana kerajaan bagi menstruktur semula penyaluran subsidi, selepas tarif elektrik dengan penjimatan RM4.5 bilion dan apungan harga ayam dan telur RM1.2 bilion.
[TERKINI] Kanak-kanak dan remaja maut disyaki akibat keracunan makanan program sekolah
Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang remaja lelaki maut disyaki akibat keracunan makanan selepas menjamah makanan yang disediakan dalam satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, Selangor, pada Isnin.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.