“Itu adalah satu kesilapan yang kecil,” demikian komen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange pada Khamis lalu.

Mahathir menyifatkan kejadian itu sebagai satu kesilapan kecil yang dilakukan oleh Guan Eng dan tidak mahu membesarkan isu tersebut.

“Ia adalah satu kesilapan kecil. Saya tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

“Kadang kala kita buat kesilapan. Saya rasa dia mengeluarkan dalam tiga bahasa kerana golongan Cina boleh rujuk kenyataan berbahasa Cina. Itu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM pada Isnin.



Terdahulu, Menteri Kewangan dikritik kerana mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Mandarin.

Rata-rata netizen berkata penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah penting kerana ia akan memastikan tidak ada kekeliruan daripada pihak awam berkenaan perkara yang diterbitkan oleh kerajaan.

BACA: Guan Eng janji Bahasa Melayu terus diutamakan dalam urusan kementerian