Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Babong, Sering di sini tidak ubah seperti perumpamaan `sudah jatuh ditimpa tangga'.
Masakan tidak ibu tunggal, Rosilawati Ramli, 37, itu terpaksa memerah kudrat dan keringat membesarkan empat anak selain baru-baru ini diarahkan keluar dari rumah sewanya yang didiami sejak tiga tahun lalu akibat tunggakan bil elektrik.
Menceritakan lebih lanjut, Rosilawati berkata, tunggakan itu disebabkan oleh keadaan kewangannya agak terhad kerana hanya bekerja sebagai pembersih rumah dengan pendapatan RM10 sehari.
"Untuk menyara diri sendiri dan anak-anak saya kadang kala mencari lebihan sisa sayuran dan ikan di Pasar Kedai Lalat, di sini setiap Jumaat sebagai hidangan makan tengah hari atau malam," katanya ketika ditemui Astro Awani di sini hari ini.
Tambah Rosilawati, dia telah lama berpisah dengan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.
Ujarnya, kesemua empat anak berusia dua hingga 12 tahun itu akan dibesarkan sendiri dengan kudrat yang ada sekali gus memastikan mereka mempunyai pembelajaran yang baik bagi mengubah nasib keluarga.
"Saya ada juga ditawarkan rumah sewa yang baharu tetapi harga sewa amat mahal iaitu RM250 sebulan dengan jumlah deposit sebanyak RM500.
"Mana saya hendak cari duit dan kini saya menumpang di rumah seorang rakan (ibu tunggal)," katanya.
Kisah itu mendapat simpati apabila ditularkan dalam media sosial semalam dan bagi yang ingin menghulurkan bantuan, Rosilawati boleh dihubungi di talian 0137102207.
Vivi Sumanti
Thu Oct 05 2017
Rosilawati memangku anaknya berusia dua tahun. - Gambar Astro AWANI/Vivi Sumanti.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Pakistan nafi terlibat bantu puak Taliban
Pakistan sudah lama menderita sejak perang melibatkan Amerika Syarikat dan Afghanistan selama 20 tahun lalu.
Kanak-kanak dua tahun derita badan, muka dipenuhi lepuhan air
Penyakit 'epidermolysis bullosa' yang ditanggung Muhammad Qawiy Mohamad Abdullah turut menyebabkan pergerakan terbatas.
Bapa dan anak derita jantung berlubang
Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya
Saya tak akan henti berjuang - Justo
Xavier Andre Justo berkata beliau tidak akan berhenti daripada perjuangan untuk membawa penjenayah yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan.
Ini bulan yang menyedihkan di bumi Gaza
Insiden protes di sempadan Gaza yang mengorbankan lebih 100 nyawa rakyat Palestin mengubah kemanisan Ramadan menjadi tawar dan pilu.
Derita jari, kaki dipotong, penghidap kencing manis runsing mahu tanggung keluarga
Seorang bapa muda terpaksa berdepan penderitaan apabila telah sembilan kali melalui proses pemotongan kaki kanan dan dua jari kaki kiri dalam tempoh 3 tahun akibat penyakit kencing manis yang dihidapi
Ibu tunggal sara empat anak dengan upah RM10 sehari
Tunggakan itu disebabkan oleh keadaan kewangannya agak terhad kerana hanya bekerja sebagai pembersih rumah dengan pendapatan RM10 sehari.