Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 38 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, pada 26 November lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd turut memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama berhubung kes tersebut.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu itu, diminta menghubungi Ketua Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya DSP G. Shan Gopal di talian 019-2714387 dan ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ASP S Neeraj Durai di talian 016-356 5622.
Orang ramai juga boleh menghubungi Inspektor Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor Inspektor Norsiah Hussin di talian 012-7989973 atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan PDRM," katanya.
Pada 3 Dis lepas, polis dilaporkan sedang mengesan 28 saksi untuk membantu siasatan bagi kes yang sama.
Bernama hari ini melaporkan polis menahan 16 lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di kuil berkenaan, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 05 2018
Polis turut memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama berhubung kes tersebut.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka
Satu saat pun saya tidak pernah lupa berdoa untuk Adib - Ibu
Asma Aziz berharap agar keputusan inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib yang akan diumumkan esok, memihak kepada keluarganya.
Inkues Adib: 'Metodologi pakar forensik HKL salah'
Prof Dr Shahrom Abd Wahid menyifatkan individu yang membuat eksperimen untuk ketahui punca kematian Muhammad Adib sebagai tidak berpengalaman.
'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba
Sebagai rakyat sebuah negara membangun, tindakan kita sepatutnya selalu rasional.
Inkues Adib: Prosiding ditangguh esok
Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di sini, ditangguh esok.
'Adib minta kebenaran guna telefon bimbit' - Saksi
Dr Suneta yang juga saksi ke-15 memaklumkan pasukan perubatannya yang merawat Muhammad Adib telah meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan permohonan beliau untuk menggunakan telefon bimbit.
Inkues Adib: 'Saya pening dan takut' - Saksi
Prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada hari ketujuh dengan keterangan saksi ke-11, K. Arumugam, pada Selasa.
Mahkamah tolak permohonan halang pemaju masuk tapak Kuil Sri Maha Mariamman
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan bagi injunksi interlocutory oleh 50 penganut Kuil Sri Maha Mariamman untuk menghalang One City Development daripada memasuki kawasan itu.
30 saksi akan dipanggil untuk inkues Adib
Seramai 30 saksi akan dipanggil untuk prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammmad Adib Mohd Kassim.
Pengurusan kes inkues Muhammad Adib pada 18 Jan
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditetapkan pada 18 Jan ini.