Kerajaan Pakatan Harapan akan terus berusaha menunaikan janji-janji manifestonya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata sebagai permulaan, pelaksanaan kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) setelah Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas telah membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
"Sebab itu kami ingin ucap terima kasih kepada tuan-tuan yang undi PH. Insya-Allah kami akan tunaikan janji.
"Yang pertama ialah menghapuskan GST. Tuan-tuan dan puan-puan pangkah sahaja, luput undang-undang zalim. Kali ini kita akan nikmati cara hidup yang lebih selesa," katanya ketika berucap di hadapan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Seri Perdana di sini, pada Jumaat.
Pemansuhan GST adalah antara manifesto pilihan raya PH dan ia mula dilaksanakan dengan kadar sifar GST sebagai langkah awal penghapusannya sejak 1 Jun lepas.
Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang berkunjung ke majlis rumah terbuka itu.
Pada masa sama, perdana menteri turut meminta maaf kerana hanya sempat bersalam dengan kira-kira 55,000 tetamu sahaja serta meminta mereka yang tidak sempat bersalaman untuk datang lagi bagi giliran mereka tahun hadapan.
BACA: Tun Mahathir mohon maaf
Sambil berseloroh beliau berkata, "Saya takut tangan saya lekang (tercabut) tadi. Alhamdulillah masih boleh bersalam.
"TPM (timbalan perdana menteri) akan bersalam menggantikan saya. Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam dan bukan Islam. Hari ini hari kemenangan kerana tuan-tuan dan puan-puan."
Seramai 80,000 tetamu telah berkunjung ke majlis itu, yang juga kali pertama diadakan bagi kerajaan pimpinan PH.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melambaikan tangan ke arah orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana pada Jumaat. --fotoBERNAMA
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.