Baru 48 jam beroperasi, sebuah premis kondominium yang menjalankan kegiatan judi atas talian (online) dekat Dataran Sunway, Kota Damansara diserbu polis, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din serbuan yang dilakukan pada 5 hingga 6 petang itu hasil maklumat dan risikan.

"Dua lelaki tempatan berumur lingkungan 22 hingga 24 tahun ditahan dalam di kondominium itu.

"Polis turut merampas 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah komputer, modem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan modem WiFi," katanya dalam satu kenyataan pada, Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Zani turut menyatakan kegiatan judi online di premis itu mampu mencapai keuntungan hingga RM3, 000 bagi setiap 12 jam.

Dua lelaki yang ditahan polis dalam serbuan tersebut. - PDRM