Kerajaan akan memberi keutamaan kepada keperluan pekerja tempatan dalam beberapa sektor yang selama ini dipenuhi pekerja dari luar negara.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sekali gus memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dinyatakan kepada rakyat sebelum ini.
Jelasnya, kerajaan juga akan mengkaji kemasukan pekerja asing dalam sektor tertentu.
"Kita akan lihat dengan teliti keperluan sekarang. Pada dasarnya, keutamaan harus diberi kepada pekerja tempatan.
"Tetapi sejak lama kita tidak beri keutamaan. Pendapat beberapa pihak, ambil pekerja asing lebih mudah dan murah.
"Pekerja tempatan memerlukan gaji lebih tinggi, tempat tinggal lebih baik dan sebagainya. Aspek-aspek ini ada kaitan tentang kenapa dan mengapa kita perlu meneliti masalah ini sekarang," katanya semasa sidang media selepas lawatan kerja ke Jabatan Imigresen di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi mengkaji pengurusan pekerja asing serta masalah lambakannya di negara ini.
Katanya, jawatankuasa yang bertanggungjawab menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia ada itu, akan turut mengkaji masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, kebergantungan kepada pekerja warga asing perlu dikurangkan secara berperingkat dan digantikan dengan penggunaan automasi dan teknologi.
Jelasnya, automasi dan penggunaan teknologi yang lebih canggih akan mewujudkan permintaan tersendiri bagi pekerja berkemahiran lebih tinggi, yang kebiasaannya datang dengan gaji lebih baik dan boleh diisi oleh pekerja tempatan.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 05 2018
MUHYIDDIN: Sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi mengkaji pengurusan pekerja asing serta masalah lambakannya di negara ini. - Astro AWANI/Fail
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
PRN: PN Pulau Pinang umum manifesto dengan 33 tawaran
Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang melancarkan manifesto dengan lapan teras dan 33 tawaran untuk rakyat negeri itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
PRU15: Bersih puji manifesto pro-demokrasi empat gabungan politik
Manifesto itu melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).
PRU15: Tawaran manifesto perlu masuk dalam Perlembagaan, elak janji kosong
Ini bagi memastikan manifesto yang ditawarkan untuk meraih sokongan rakyat tidak hanya tinggal sebagai janji kosong semata-mata.
PRU15: Perancangan Amal dan Usaha (PADU) manifesto BN
PADU mempunyai 99 amal dan usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan.
PRU15: BN tawar skim bantuan khas dalam manifesto - Zahid Hamidi
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.
PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok
Manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.
PRU15: Pengundi muda, manifesto seimbang main peranan - Penganalisis
Corak pengundian anak muda akan berdasarkan dua faktor iaitu keinginan keluar mengundi dan faktor sosiologi.
41 peratus golongan belia belum bersedia tentukan parti mana untuk diundi pada PRU15 - Kaji selidik
Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia mendapati terdapat saingan sengit empat penjuru antara parti BN, PN, MUDA dan Pakatan Harapan pada PRU15.
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.