Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberi jaminan kepada syarikat, terutama syarikat multinasional di negeri itu, bahawa pajakan tanah perindustrian masing-masing akan dilanjutkan.
Beliau berkata pajakan ke atas tanah perindustian lazimnya untuk tempoh 60 tahun, dengan sebahagian daripada pajakan tanah industri akan tamat antara 10 dan 15 tahun akan datang.
"Kami mahu mengekalkan industri di sini dengan harapan mereka akan mengembangkan operasi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
"Oleh itu, isu lanjutan pajakan tidak timbul. Sudah pasti kami mahu melanjutkannya, namun kami akan mengkaji implikasi premium ke atas kos operasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'From Free Port to Modern Economy: Economic Development and Social Change in Penang, 1969 to 1990', di Penang Institute di sini pada Ahad.
Beliau berkata kajian sudah mula dilakukan bagi menentukan jumlah premium tanah yang boleh dikenakan untuk pajakan baharu selama 60 tahun ke atas syarikat yang memutuskan untuk melanjutkan tanah pajakan di tapak industri.
"Lima puluh tahun lepas, ia merupakan ladang kelapa, oleh itu tidak menghairankan jika kosnya hanya kira-kira 5 hingga 20 sen, namun hari ini tanah tersebut merupakan zon industri matang, dan dengan itu penilaiannya perlu dipertimbang semua," katanya.
Chow berkata hasil tanah merupakan hasil terbesar bagi kerajaan negeri, dan Pulau Pinang menyerahkan penilaian tanah kepada Jabatan Pernilaian dan Hartanah untuk mencadangkan kadar premium tanah.
"Ia adalah agensi penilaian kerajaan yang membuat penilaian harga tanah, nilai tanah dan mengesyorkan premium yang akan dikenakan. Selalunya kami akan mengikut penilaian premium yang disyorkan oleh jabatan penilaian dan prosesnya sangat telus," katanya. .
Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota bagaimanapun berkata, syarikat digalakkan untuk memohon lanjutan tanah perindustrian mulai sekarang dan bukan menunggu sehingga 60 tahun.
"Jika sudah tinggal (tempoh pajakan) 10 tahun, mereka sudah boleh mula memohon, tidak perlu menunggu sehingga tamat tempoh 60 tahun untuk memohon. Setelah sampai 45 tahun atau 50 tahun, mereka sudah boleh memohon pelanjutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 17 2019
Chow Kon Yeow berkata pajakan ke atas tanah perindustian lazimnya untuk tempoh 60 tahun, dengan sebahagian daripada pajakan tanah industri akan tamat antara 10 dan 15 tahun akan datang. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Projek lebuh raya bertingkat, air Perak-P.Pinang dalam perbincangan - Chow
Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.
Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia
Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia.
Akta 672: Pulau Pinang akan teliti, bincang sebelum buat keputusan
Pulau Pinang akan meneliti dan berbincang lebih lanjut dengan kerajaan Persekutuan berhubung menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang
Chow berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.
Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan - KM
Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.