Jumlah kes rogol yang direkodkan di negeri ini sepanjang tahun lepas meningkat kepada 163 kes berbanding 134 kes pada 2016.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata paling membimbangkan 76 kes melibatkan remaja yang merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun ke bawah.
"Kita perlu ingat walaupun ia merupakan kes suka sama suka, apabila melibatkan pelajar atau remaja berumur 16 tahun ke bawah secara automatik ia merupakan kes rogol, apatah lagi sekiranya dipaksa ataupun menerima ancaman.
"Berdasarkan rekod, lebih 40 peratus kes rogol ini dilakukan oleh teman lelaki sendiri diikuti kenalan 32 peratus dan orang yang tidak dikenali sebanyak lima peratus.
"Bagi perogol yang merupakan ayah kandung dan juga bapa saudara pula sebanyak empat peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Rosli berkata jika sebelum ini kes yang melibatkan golongan pelajar hanyalah buli, kini ia bertambah serius sehingga ada yang terlibat dengan jenayah berat seperti samun, rogol serta pembunuhan.
"Malah polis dan Jabatan Pendidikan juga dapat mengesan kes pengedaran gambar-gambar lucah melalui telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan walaupun kes begini adalah kecil, kita tidak pernah memandang ringan.
"Polis akan sentiasa memantau dan mengambil langkah langkah yang perlu bagi membendung gejala tersebut daripada terus menjadi barah di kalangan pelajar," katanya.
Pada majlis itu seramai 306 pelajar menerima watikah pelantikan pemimpin muda bertujuan memberi pengiktirafan kepada mereka yang dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 05 2018
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata paling membimbangkan 76 kes melibatkan remaja yang merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun ke bawah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.
Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan
Siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori roro milik syarikat keluarganya.
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Layang-Layang, Kulai, tahun lalu.
Rogol: Remaja perempuan mengaku tidak bersalah bersubahat
Remaja itu dituduh bersubahat dengan tiga lelaki dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja lain dirogol.
Rogol remaja 14 tahun: Penceramah bebas diserah kepada Polis KL
Suspek akan diserah ke kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan bagi kes di sana.
Rogol kanak-kanak tujuh tahun, lelaki dipenjara 28 tahun 22 sebatan
Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan.
Rogol kenalan media sosial bawah umur, pemuda dihukum penjara 6 tahun
Tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan.