Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meningkat 8.0 peratus kepada RM14.7 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, daripada RM13.6 bilion setahun lepas, bersandarkan penyusutan ringgit berbanding dolar AS, sebahagiannya dihadkan oleh kos pengeluaran lebih tinggi.
Perolehan bagi suku itu sebanyak RM59.1 bilion, susut sedikit daripada RM59.2 bilion, terutamanya disebabkan purata harga yang direalisasikan bagi produk petroleum dan gas asli cecair (LNG).
Perolehan lebih rendah bagi suku itu dihadkan oleh jumlah jualan minyak mentah dan pekatan serta LNG lebih tinggi, ditambah dengan kesan daripada penyusutan ringgit berbanding dolar US.
Perbelanjaan modal pada suku kedua 2019 sebanyak RM7.5 bilion, terutamanya disumbangkan oleh projek huluan.
Presiden dan Ketua Pegawai Ekskeutif kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Petronas terus mencatatkan prestasi kewangan sihat bagi separuh pertama tahun ini dii sebalik keadaan pasaran yang terus mencabar.
"Perjalanan pertumbuhan kami akan terus dipandu oleh strategi tiga serampang kami dan kami akan memajukan usaha kami untuk membina daya tahan organisasi dalam mendepani ketidaktenuan pasaran yang dijangka berpanjangan dan perubahan landskap tenaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, bagi separuh pertama 2019, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu meningkat 9.0 peratus kepada RM28. 9 bilion daripada RM26.6 bilion tahun ke tahun, mendorong perolehan lebih tinggi.
Bagaimanapun, peningkatan itu dihadkan oleh kos pengeluaran lebih tinggi.
Perolehan bagi tempoh itu meningkat sebanyak RM3.9 bilion kepada RM121.1 bilion daripada RM117. 2 bilion terutamanya dipacu jumlah jualan lebih tinggi bagi produk petroleum dan gas asli cecair serta penyusutan ringgit berbanding dolar AS.
Kadar jumlah pengeluaran bagi separuh pertama 2019 sebanyak 2.418 juta tong bersamaan minyak (boe) sehari, meningkat daripada 2.383 juta boe pada tempoh sama tahun lepas, terutamanya disebabkan pengeluaran gas asli lebih tinggi daripada Malaysia, tetapi sebahagiannya dihadkan oleh minyak mentah lebih rendah daripada Iraq.
Jumlah jualan LNG bagi tempoh enam bulan 2019 naik 5.0 peratus kepada 15.23 juta tan berbanding tempoh sama tahun lepas, terutamanya disebabkan jumlah lebih tinggi daripada Kompleks LNG Petronas di Bintulu dan peningkatan aktiviti dagangan.
Sementara itu, Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor berada di landasan untuk mencapai operasi komersial pada suku keempat tahun ini dengan kemajuan keseluruhan pada 99.7 peratus setakat 30 Jun, 2019. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Menurut Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Petronas terus mencatatkan prestasi kewangan sihat bagi separuh pertama tahun ini dii sebalik keadaan pasaran yang terus mencabar. - Gambar fail BERNAMA
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Pahang terima sumbangan pakej prihatin Yayasan Petronas
Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan pakej prihatin berjumlah RM450,000 daripada Yayasan Petronas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.