Kira-kira 38,600 atau 89.6 peratus daripada 43,126 peneroka di Pahang sudah menerima surat hakmilik tanah melibatkan kawasan seluas 182,000 hektar, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, berdasarkan harga semasa tanah, kerajaan negeri telah 'mengorbankan' tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM40 bilion untuk pemberian surat hakmilik tanah itu bagi memastikan peneroka menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa di Pahang.
"Sehubungan itu, saya mengingatkan para peneroka supaya dapat menjaga tanah ini dengan baik dan tidak sesekali memajak atau menjualnya selepas menerima surat hakmilik.
"Ini kerana tujuan asal kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) mewujudkan Felda adalah untuk pembangunan tanah dan membela masyarakat orang Melayu khususnya di luar bandar," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Peneroka Rancangan Tanah Felda Chini Timur 1 kepada 156 peneroka di Dewan Semai Bakti Chini Timur 3 di sini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh.
Sementara itu, seorang penerima Suahilai Md Tai, 65, menyifatkan pemberian surat hakmilik tanah itu sebagai 'kemenangan' terhadap perit jerih beliau selama 30 tahun membuka hutan untuk dijadikan kawasan pertanian.
"Saya mula menjadi peneroka pada tahun 1985 dan selepas sekian lama, akhirnya saya dapat juga merasa memegang geran tanah sendiri. Ini adalah harta peninggalan untuk anak cucu supaya mereka ada kampung halaman untuk berkumpul pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Juaitar Abd Manaf, 62, sebak apabila terkenang rakan peneroka yang tidak sempat merasai nikmat memiliki surat hak milik itu selepas bersusah payah membuka tanah rancangan itu tanpa peralatan moden.
"Saya mengikut suami ke sini dan selepas sekian lama, hari ini saya teringat kembali betapa sukarnya kehidupan semasa itu. Hendak mendapat wang RM100 pun sangat sukar tapi berkat kesabaran, pendapatan pada masa ini sudah semakin baik dan stabil.
"Anak juga membesar dengan wang hasil Felda. Walaupun tidak mewah, kehidupan kami masih baik kerana mempunyai rumah yang selesa dalam kawasan yang terjaga dan kebajikan peneroka sentiasa diberi perhatian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020
Wan Rosdy mengingatkan para peneroka supaya dapat menjaga tanah dengan baik. - Bernama
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.