ADA dua bencana besar dalam sejarah dunia berkait wabak berbahaya yang membunuh puluhan juta nyawa.
Pertama, wabak Kematian Hitam yang melanda Eropah pada 1347-1351. Pandemik abad ke 14 ini kekal sebagai wabak terburuk dalam sejarah.
Dianggarkan 75 juta nyawa maut dalam tempoh empat tahun. Malah, terdapat kajian yang mencatatkan, wabak ini membunuh 30 hingga 50 peratus populasi Eropah.
673 tahun lalu, wabak maut hitam ini turut tersebar ke seluruh dunia. Merentas Eropah menuju Asia di India dan China. Wabak Maut Hitam turut merebak jauh hingga ke Asia Barat.
Sejarah wabak ini hanya tercatat dalam artikel dan jurnal sejarah. Tiada karya sastera yang ditemukan ditulis berlatarkan era pandemik ini.
Kecuali sebuah lukisan Giovanni Boccaccio berjudul The Decameron (1353).
Pada 1918, satu lagi wabak maut menyerang dunia. Dikenali sebagai Selesema Sepanyol. Pandemik ini bermula di Amerika Syarikat dan seterusnya merebak ke Afrika Barat dan menular ke Perancis.
Wabak ini mengganas selama dua tahun. Sehingga 1920, dilaporkan 500 juta (25 peratus) penduduk dunia dijangkiti.
Jurnal perubatan mencatatkan angka kematian yang berbeza. Serendah 17 juta hingga 50 juta dilaporkan terbunuh. Terdapat kajian yang menyebut 100 juta kematian.
Aneh, kerana dikenal sebagai Selesema Sepanyol tetapi kes pertama berlaku di Haskell County, Kansas.
Pada 4 Mac 1918, tukang masak tentera Albert Gitchell jatuh sakit di Fort Riley dan disahkan mengidap wabak ini.
Tujuh hari kemudian ia menjangkiti lebih 100 anggota tentera di Fort Riley dan bermulalah sejarah gelap pandemik terburuk dunia abad ke 20.
Tiada karya seni atas sastera ditemukan berlatarkan tragedi ini. Namun, ratusan foto hitam putih dirakamkan dan tersimpan sebagai bukti dahsyatnya serangan Selesema Sepanyol ini.
Banyak catatan artikel dan jurnal perubatan boleh dibaca mengenai pandemik ini. Terdapat tujuh buku utama bersifat kajian perubatan mengenai Selesema Sepanyol. Lima judul kajian diterbitkan pada abad 21.
Selain itu terdapat ratusan jurnal dan buku mengenai Selesema Sepanyol dan kekal dalam genre perubatan.
Coronavirus dan pandemik abad 21
Pada 17 November, kes pertama Novel Coronavirus dikesan di Wuhan, China. Ia membabitkan seorang pesakit lelaki berusia 55 tahun.
Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai selesema biasa. Pesakit diberi ubat dan dibenarkan pulang.
Sebulan kemudian, simpton penyakit ini berleluasa di Wuhan dengan tiga ke lima kes jangkitan sehari. Akhirnya, diisytiharkan sebagai epidemik (jangkitan setempat) pada hujung Disember.
Pada 13 Mac, setelah keadaan menjadi teruk dan lebih 150 ribu kes dilaporkan di lebih 80 negara, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasikan jangkitan ini sebagai pandemik. Seterusnya dikenali dengan kod perubatan Covid-19.
Sehingga 6 petang semalam, 1.3 juta jangkitan dilaporkan di 183 negara. Covid-19 meragut lebih 65 ribu nyawa.
Kesannya menjadikan dunia panik. Sehingga semalam juga, 3.9 bilion penduduk dunia di 90 negara berdepan dengan perintah berkurung.
Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol, Perancis dan United Kindom menjadi lima negara paling teruk mengalami angka kematian.
Doktor dan petugas kesihatan sebagai wira barisan depan
Di seluruh dunia, tribut diberikan kepada doktor dan pasukan perubatan yang berjuang membantu pesakit. Tidak sedikit juga doktor dan petugas kesihatan yang maut akibat terkena jangkitan.
KLWBC 2020 turut memberikan perhatian terhadap wira barisan depan. Hari ini, dipromosikan buku-buku hasil karya para doktor, jururawat dan petugas kesihatan.
Selain berjuang dalam dunia medik, Malaysia patut berbangga kerana jumlah pengamal perubatan yang aktif menulis juga ramai.
Tahniah dan terima kasih kepada Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy), doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ) Kuala Terengganu.
Selama tujuh tahun bergelar doktor, Fahd Razy aktif menulis. Malah, berjaya membina komuniti penulis di kalangan petugas kesihatan.
Buku-buku hasil karya wira barisan depan ini diterbitkan Kata Pilar. Syarikat penerbitan yang sinonim dengan buku-buku berlatarkan komuniti medik
Kata Pilar menerbitkan jumlah buku yang besar membabitkan komuniti petugas kesihatan. Malah, berlatarkan kerjaya mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kata Pilar, Mohd Rasydan Fitri Mohd Baharin menjelaskan, dalam suasana sekarang, operasi jualan buku terbitan syarikat itu diteruskan secara atas talian.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa mulai 18 Mac lalu, peminat buku berlatarkan dunia medik masih dapat terus membeli.
"Kami gunakan media sosial sebagai promosi utama. Kata Pilar juga melancarkan pakej harga istimewa sepanjang PKP dilaksanakan," kata Rashdan.
Pembaca boleh singgah di Facebook, Twitter dan Instagram Kata Pilar.
Rashdan menjelaskan, melalui 'engagement' media sosial, Kata Pilar turut memberikan informasi kesihatan.
Informasi yang relatif dengan keadaan penularan wabak Covid-19 bagi meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat.
"Kami menyokong kempen #Dudukrumahbacabuku. Kami aktif mengiklankan petikan buku-buku, tips membaca dan infos kesihatan kepada netizen," katanya.
Sebagai tribut kepada petugas kesihatan, Kata Pilar mempromosikan buku-buku hasil karya petugas kesihatan merangkumi genre anekdot medik, puisi, cerpen dan novel.
"Kebanyakan penulis kami adalah doktor dan petugas kesihatan. Kami mahu masyarakat cakna dengan maklumat yang sahih, dalam bentuk yang lebih santai dan dapat dibaca segenap lapisan umur," kata Rashdan.
Berdepan cabaran persekitaran berikutan Civid-19, Rashdan mengakui, Kata Pilar turut mengalami impak perniagaan.
Sebagai tindak balas bisnes yang refleksif, Kata Pilar menfokuskan jualan atas talian secara agresif.
"PKP menyebabkan kedai buku ditutup. PBAKL juga ditunda. Kami perlu tingkatkan strategi jualan di media sosial," kata Rashdan.
Kami terus mempromosi buku-buku karya doktor dan petugas kesihatan barisan depan.
Berikut lima buku popular hasil karya doktor dan petugas kesihatan. Semua tempahan boleh dibuat di www.katapilar.com
1. 26 Kes: Himpunan Kes Yang Tak Terlupakan (diselenggara Dr Fahd Razy)
Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempesona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan.
Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah dalam gelanggang aneh ini – pasti banyak warna yang terpalit pada kanvas pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar dan curiga.
Buku ini memuatkan tulisan mengenai 26 kes yang paling membekas terhadap 26 petugas kesihatan.
Sekaligus memberikan gambaran di sebalik tabir tentang pelbagai warna kehidupan dan sisi hidup di sekitar dunia petugas kesihatan.
2. Karies (Dr Hidayu Hatta)
Tugas doktor gigi bukan sekadar memeriksa gigi. Mereka juga pakar dalam masalah mulut. Merawat rahang yang patah atau mulut yang terkoyak.
Banyak cerita yang mungkin tidak diketahui umum diceritakan melalui anekdot santai berinformasi oleh sembilan doktor gigi.
3. Saya ialah Satria dalam Cerita yang Saya Karang (Khairil Idham Ismail)
Kumpulan cerpen realisme magis ini banyak memberi kritikan dan sindiran terhadap masyarakat.
Naskhah ini mengumpulkan 16 cerpen realisme magis yang memerangkap pembaca dalam dunia kembara diri yang serba labirin.
Malah, turut mengkritik masyarakat dari sudut pandang politik dan sosial.
Antologi ini memilih Rusia dan Malaysia sebagai latar cerita.
4. Aku Dijangkiti Kehidupan (Dr. Zul Azlin Razali et al)
‘Aku Dijangkiti Kehidupan’ adalah himpunan catatan manusia yang menjalani hidup dengan rasa derita kerana berbeza dari manusia lain.
Fizikal nampak sempurna – tetapi di dalam jiwa penuh liang luka. Buku ini memuat catatan dan pengakuan penderita kesihatan mental dan psikiatri.
Buku ini turut memuatkan perkongsian petugas psikiatik, sekaligus memberi kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang makin meningkat.
5. Noir Kota (‘Ariff Mustaffa Hamzah)
Naskhah ini pemenang Hadiah Utama Sayembara Puisi Kata-Pilar 2.0 yang diumumkan Februari lalu.
Pengarang mengajak kita masuk ke dalam sebuah kota untuk melihat sisi-sisi gelap dan rencam manusia melalui perca-perca cerita dalam puisinya.
Pengarang memasukkan watak-watak mitologi yang memperkayakan puisi, sehingga ia beransur menjadi dongeng moden yang gelap.
Judul lain yang turut memenangi sayembara ini termasuklah Tang Ke Ting, Momen, Sepasang Nila di Bahu, dan Hari Terakhir di Tubuhmu serta terbitan khas Sajakjakja(c)k.
Selamat membaca tanda solidariti kita semua kepada penulis yang juga petugas kesihatan.
Judul lain yang turut memenangi sayembara ini termasuklah Tang Ke Ting, Momen, Sepasang Nila di Bahu, dan Hari Terakhir di Tubuhmu serta terbitan khas Sajakjakja(c)k.
Selamat membaca tanda solidariti kita semua kepada penulis yang juga petugas kesihatan.
____________________________________________________________________________________
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Apr 06 2020
KLWBC 2020 turut memberikan perhatian terhadap wira barisan depan dengan mempromosikan buku-buku karya doktor, jururawat dan petugas kesihatan. - Gambar fail
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.