Kepelbagaian agama yang terdapat di Malaysia harus digunakan sebaiknya bagi mengeratkan lagi perpaduan antara semua lapisan masyarakat, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris.
Beliau berkata apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengenali dan memahami serta meraikan kepelbagaian agama, ia akan mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum dan agama.
"Prinsip yang perlu diamalkan masyarakat adalah semangat perkongsian, elemen hormat-menghormati, hargai perbezaan satu sama lain serta mengamalkan sikap toleransi.
"Walaupun masyarakat kita tidak menganut agama yang sama, tetapi kita berkongsi negara yang sama, menggunakan jalan raya yang sama dan pergi ke restoran yang sama, sebab itu perbezaan agama perlu dihargai demi membina sebuah negara yang lebih hebat pada masa akan datang," katanya ketika menghadiri program Salam Ukhuwah Wesak 2019 di Kuil Maha Vihara, pada Sabtu.
Turut hadir, Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Kira-kira 700 orang daripada pelbagai latar belakang agama hadir pada program itu, yang membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk melawat ke rumah ibadat itu dan bersama-sama menikmati suasana berpuasa di bulan Ramadan.
Ini merupakan kali kedua program seumpama ini diadakan selepas kali pertama di Kuil Samadhi Vihara, Shah Alam tahun lalu.
Program itu turut mengadakan forum harmoni bagi menggalakkan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama agar saling memahami terhadap acara-acara keagamaan yang ada di negara ini.
Sumbangan bernilai RM100 seorang turut diberikan kepada 50 orang daripada golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU).
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2019
BAHARIN: Walaupun masyarakat kita tidak menganut agama yang sama, tetapi kita berkongsi negara yang sama. - Foto Facebook/PerpaduanNegara
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.