Seorang pemuda cedera pada kepala dan beberapa bahagian anggota badan akibat dipukul 10 lelaki ketika ingin berjumpa dengan tunangnya dalam kejadian di sebuah restoran di Pekan Layang-Layang, Kluang, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu mangsa yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun tiba-tiba ditolak dan dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali sebaik menghampiri tunangnya.
Berikutan itu, mangsa yang cedera telah membuat laporan polis di balai berdekatan.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia dipercayai berlaku ekoran tindakan mangsa yang memalukan tunangnya dalam laman Facebook dengan mengatakan tunangnya ada berhutang dengannya.
Dalam masa sama, tunang mangsa pula dikatakan ada 'orang' (teman lelaki) baharu yang tidak berpuas hati apabila mangsa mengganggu teman wanitanya dengan cara memberi mesej dalam aplikasi WhatsApp dan Facebook.
"Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 19 2017
Ia dipercayai kejadian itu berlaku ekoran tindakan mangsa yang memalukan tunangnya di Facebook dengan mengatakan tunangnya ada berhutang dengannya. - Gambar hiasan
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
TDM mulakan siasatan terhadap dakwaan pukul anggota di Kem Resah
Siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku terhadap mangsa dari Sungai Petani, Kedah itu.
Suspek kes pukul pekerja krematorium ditahan reman
Seorang lelaki direman tiga hari kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja sebuah kremotarium di Batu Gantung, semalam.
Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung
Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.
Pemuda tular pukul warga emas direman empat hari
Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang warga emas di hadapan sebuah klinik swasta di Putra Perdana, Sepang di sini.
Lima individu ditahan disyaki terlibat kes pukul
Kejadian bermula apabila mangsa dan rakannya telah ke Ampang pada Selasa untuk berbincang isu salah faham berkaitan seorang daripada suspek.
Kes gaduh: Polis kesan pelajar tingkatan 3, 4 sebuah sekolah di Medan Puteri, Rawang
Polis sedang memburu sekumpulan pelajar tingkatan tiga dan empat sebuah sekolah di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan.
Polis kesan Farid Afizi bantu siasatan kes pukul
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang individu sehingga cedera parah di Jalan Budiman, Cheras, 20 April lepas.
Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mereka dikenali sebagai V Raja Kumar, S Agilan dan Suresthiran.
Lelaki OKU dipercayai cederakan individu tak bayar gaji, ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga.
Polis tahan seorang lelaki, buru dua rakannya terbabit kes pukul, cabut bendera parti
Mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata kiri, hidung dan cedera pada bahagian belakang kepala akibat dipukul.