Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang antara lain akan diberi kuasa menyita harta bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dijangka beroperasi pada Mei ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata setakat ini proses pengoperasian mahkamah berada pada peringkat akhir bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung pentadbirannya, sebelum ia dibentangkan di mesyuarat Kabinet.
"Ia dah berada di peringkat akhir yang mana di pihak AG (Peguam Negara), Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memberikan pandangan masing-masing.
"Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi ia dah bersedia untuk diserahkan kepada peringkat Kabinet. Kalau sudah serahkan ke Kabinet ia makan masa dua hingga tiga minggu sebelum diluluskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita 2019, di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini pada Ahad.
Katanya, pelaksanaan mahkamah tersebut menggambarkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membela nasib bekas isteri yang diabaikan bekas suami.
Sementara itu, Mujahid berkata tiga teras utama gagasan pentadbiran Islam di bawah kerajaan PH iaitu Rahmatan Lil Alamin (agama yang membawa rahmat), Maqasid Syariah dan Modul Malaysia akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.
Katanya tiga teras tersebut telah dibincangkan, dibahaskan dan dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang pertama kali bermesyuarat pada Khamis lepas.
"Apa yang telah dipersetujui oleh majlis tersebut akan dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja. Dengan itu Raja-raja akan tahu apa yang dalam hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan baharu ini," katanya.
Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 yang dianjurkan bersama oleh IKIM dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) membincangkan isu-isu berkaitan wanita termasuk penglibatan wanita dalam masyarakat dan organisasi.
Turut hadir pada majlis perasmian selama sehari tersebut adalah Ketua Pengarah IKIM Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin dan Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2019
Pelaksanaan mahkamah tersebut menggambarkan komitmen kerajaan untuk membela nasib bekas isteri yang diabaikan bekas suami. - Gambar hiasan/Shutterstock
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.