Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada Khamis mendedahkan terdapat masjid di negeri ini mempunyai simpanan tabung hasil sumbangan orang ramai mencecah hampir RM1 juta, namun tidak dibelanjakan untuk pembangunan masyarakat Islam.
Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan mempunyai rekod mengenai masjid terbabit untuk diambil tindakan lanjut.
Beliau berkata pihak pengurusan masjid sepatutnya menggunakan wang tersebut secara efisien khususnya dalam membantu masyarakat setempat.
"Pengurusan masjid perlu lebih proaktif dalam menguruskan wang tabung untuk tujuan pemerkasaan masyarakat Islam di tempat masing-masing.
"Pastikan masyarakat setempat mendapat manfaat daripada wang yang didermakan kerana itulah tujuan sebenar derma diberikan," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2019 di sini, pada Khamis.
Osman, bagaimanapun tidak menyatakan bilangan masjid terbabit dan jumlah keseluruhan tabung yang tidak dibelanjakan.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kutipan zakat bagi 2018 ialah sebanyak RM160 juta berbanding RM137 juta pada tahun sebelumnya.
Jumlah zakat tertinggi tahun lalu disumbangkan adalah zakat pendapatan berjumlah RM78 juta diikuti zakat perniagaan (RM41 juta), zakat harta (RM25 juta), zakat fitrah (RM6 juta) dan lain-lain (RM10 juta).
"Setiap tahun, kami menerima lebih 40,000 permohonan untuk mendapatkan pelbagai jenis bantuan seperti bantuan sara hidup, bulanan, pelajaran dan sebagainya. Bagaimanapun proses pemutihan akan dijalankan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak memperoleh bantuan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 10 2019
Pihak pengurusan masjid sepatutnya menggunakan wang tersebut secara efisien khususnya dalam membantu masyarakat setempat. - Gambar hiasan
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Bantuan itu diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria.
Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous'
Lapan daripada 10 orang rakyatnya menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.
Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan
Susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR menyantuni golongan kurang bernasib baik & terjejas COVID-19 pada Ramadan tahun ini menerusi kempen 'Goodday Berkat Sepakat'.
Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan.
Pink Floyd hasilkan lagu demi kumpul dana buat Ukraine
Hasil jualan lagu itu akan disalurkan kepada dana bantuan kemanusiaan Ukraine.
'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.
Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia
Ia merupakan initiatif pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah bebas di selatan Thailand.
Vaksin COVID-19: EU edar 1 bilion dos secara global
Selain daripada pengedaran tersebut, EU akan mendermakan sekurang-kuranya 500 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah.