Polis Indonesia menemui mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia dalam sebuah longkang di Desa Liberia, Teluk Mengkudu di daerah Serdang, kira-kira 50km dari Medan, pada Rabu.
Menurut laporan portal berita, medansatu.com, polis mengesyaki mayat itu adalah rakyat Malaysia berdasarkan cebisan tiket pesawat yang ditemui dalam poket seluarnya.
Tiket pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kualanamu, Medan, bertarikh 14 November lepas.
Jurucakap polis Seksyen Teluk Mengkudu dipetik sebagai berkata, selain cebisan tiket itu polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan dengan pihak MAS mengesahkan berdasarkan tiket itu, penumpang warga emas berasal dari Selangor.
Polis kemudiannya menghubungi Pejabat Imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Kualanamu yang mengesahkan lelaki itu memasuki Medan pada pukul 7 malam, Isnin lepas.
Polis berkata, terdapat kecederaan kesan seretan pada bahagian muka dan badan mayat itu yang kini ditempatkan di Hospital Bhayangkara Polis Sumatera Utara di Medan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah diminta untuk membantu dan bekerjasama bagi mengenal pasti mangsa.
"Kita masih belum dapat mengesahkan warganegara mangsa. Jika benar rakyat Malaysia kita akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Polis tempatan mengesyaki mayat itu adalah rakyat Malaysia berdasarkan cebisan tiket pesawat yang ditemui dalam poket seluarnya. - Gambar hiasan
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.