Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlu memastikan mekanisme kutipan cukai pelancongan baharu terhadap penginapan di premis berdaftar semalam yang bakal dilaksanakan bermula 1 Julai ini adalah teratur, betul dan telus, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban.
Beliau yang menyuarakan keprihatinan mengenai perkara itu berkata hotel sebagai agensi pengutip cukai baharu itu perlu telus dan daripada itu kerajaan boleh memperoleh pulangan pendapatan besar seterusnya digunakan kembali kepada rakyat.
"Untuk masa ini pihak hotel perlu membuat pengiraan cukainya kerana kutipan cukai itu masih berada dalam pendapatan hotel," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada kira-kira 700 penduduk Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Air di sini.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata pelaksanaan cukai pelancongan yang menyaksikan kadar antara RM2.50 sehingga RM20 dikenakan kepada pelancong di dalam dan luar negara bagi penginapan semalam, akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Menurut Mohamed Nazri pelaksanaan kutipan cukai itu akan dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar serta dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.
Dalam pada itu, Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya menyarankan agar Kementerian Pelancongan serta agensi berkaitan dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai pelancongan yang baharu ini termasuk mengadakan jerayawara agar perkara itu tidak dipolemikkan blok pembangkang.
"Cukai ke atas pelancong luar adalah biasa tetapi apabila membabitkan pelancong tempatan akan sedikit menimbulkan kesukaran untuk pengusaha hotel menerangkan (perkara itu).
"Akta ini sudah cantik tetapi biarlah mekanisme diguna pakai memberi manfaat konsisten kepada semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat," katanya.
Penginapan lima bintang akan dikenakan RM20 bagi setiap malam; empat bintang (RM10); tiga hingga empat bintang (RM5); dan premis penginapan tiada penarafan (RM2.50).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2017
Datuk Ramlee menyarankan agar Kementerian Pelancongan serta agensi berkaitan dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai pelancongan yang baharu ini termasuk mengadakan jerayawara agar perkara itu tidak dipolemikkan blok pembangkang.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Dewan Negara lulus empat rang undang-undang
Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.
Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.
Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.
Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen
Kementerian Kewangan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi berhubung agihan perolehan cukai pelancongan antara Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia, kata Pengerusi DAP Sarawak.
Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar.
'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng
Guan Eng menempelak dakwaan bahawa kerajaan persekutuan berhutang RM2.7 juta dengan Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.
Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.
Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.
Kerajaan tiada cadangan mansuh Cukai Pelancongan
Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya -MOTAC, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cukai terbabit akan diteruskan pelaksanaannya demi kebaikan negara.