Nilai dan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara dilihat semakin luntur apabila masyarakat tidak lagi melihatnya sebagai satu pendekatan ke arah pembentukan dan penyatuan negara bangsa.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kelima-lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara juga kini hanya dilihat secara luaran tanpa pengertian mendalam terhadap maksud setiap prinsip itu.
"Prinsip-prinsip itu kini seolah-olah tidak memberikan kepentingan kepada mana-mana pihak, sedangkan setiap nilai dalam Rukun Negara itu dihasilkan selepas kita mengalami kejadian rusuhan kaum pada 1969.
"Setiap satu perkara (prinsip) itu mempunyai nilai signifikan kepada kita dalam konteks kehidupan bermasyarakat pelbagai etnik di negara ini," katanya semasa ditemuramah dalam rancangan 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio di sini pada Selasa.
Beliau yang ditemuramah oleh stesen radio tersebut bagi membincangkan topik mengenai pemupukan jiwa dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Sivamurugan berkata prinsip Rukun Negara yang sering menghiasi kulit belakang buku nota dan latihan sekolah seharusnya dipandang lebih daripada itu dan diselami sedalam mungkin fungsinya terutama oleh masyarakat negara ini yang berbilang kaum.
Katanya kepentingan prinsip Rukun Negara perlu disuburkan semula agar nilai akidah dan akhlak dalam kalangan rakyat dapat terus disemai dan dibenihkan dengan nilai-nilai murni.
Dalam hal ini, beliau berpendapat adalah amat wajar pemimpin-pemimpin politik memainkan peranan mereka dengan membimbing rakyat ke arah pemahaman secara mendalam terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bernama
Tue May 03 2016
Kepentingan prinsip Rukun Negara perlu disuburkan semula agar nilai akidah dan akhlak dalam kalangan rakyat dapat terus disemai dan dibenihkan dengan nilai-nilai murni. - Foto Bernama
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara
Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar
Terdapat banyak persamaan seperti penekanan terhadap nilai perpaduan, keadilan, kemampanan dan kebijaksanaan dalam pembentukan insaniah.
Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi
Pakar ekonomi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang pertama di Malaysia, Dr Agoes Salim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.
Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.
Hentikan tafsiran salah frasa 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara - Menteri Perpaduan
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menggesa semua pihak supaya menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa 'liberal' yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.
Kupas mukadimah Rukun Negara supaya jelas matlamat Rukun Negara
Fahmi meminta JaPen, Jabatan Penyiaran dan Bernama melaksanakan usaha kupasan mukadimah Rukun Negara supaya dapat memberi penerangan kepada masyarakat tentang matlamat utama rukun berkenaan.
HKHM 2023: Suburkan penghayatan Rukun Negara, asas perpaduan negara
Ia bagi meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat Malaysia selain menyemai rasa cinta kepada negara.
Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' jadi wadah terap semangat perpaduan - Aaron
Setiap karya itu relevan sebagai wadah komunikasi yang berkesan bagi menyalurkan mesej kesepaduan sosial sebagai pemangkin keharmonian.
Kabinet lulus memorandum agar Rukun Negara dilafaz secara penuh - Aaron
Ia perlu bermula dengan mukadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
Lafaz Rukun Negara akan dibaca penuh bermula dengan mukadimah - Aaron
Aaron berkata cadangan untuk dikembalikan lafaz Rukun Negara dibaca penuh itu telah diluluskan Kabinet pada 25 Julai lepas.