Aksi sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang cuba lari dari sekatan polis sehingga nyaris maut akibat terjatuh, antara yang sempat dirakamkan sewaktu Ops Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Shah Alam kira-kira jam 1 pagi tadi.

Selain pasangan 'belangkas' itu, lebih 50 samseng jalanan diperiksa dalam operasi Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang diketuai ASP Akmal Rabiatun Zaini.


Ketika operasi, ada dalam kalangan mereks yang cuba menunggang melawan arus namun terjatuh kerana cuba mengelak dari merempuh kenderaan lain.

Hasil sejam beroperasi, 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen kenderaan, tiada cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

Sejumlah 16 buah motosikal berjaya disita sebelum operasi dihentikan berikutan hujan lebat.
Kesemua rampasan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.