Tutup

Pengawal keselamatan sekolah didakwa rogol 'kekasih', pelajar Tingkatan Satu

Pengawal keselamatan sekolah didakwa rogol 'kekasih', pelajar Tingkatan Satu
Suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pada jam 2.20 petang Selasa selepas ibu mangsa membuat laporan polis. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Padah menjalinkan 'hubungan asmara' terlarang dengan pelajar perempuan Tingkatan Satu, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau, Pulau Pinang ditahan polis selepas dipercayai merogol gadis bawah umur berkenaan.

Suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pada jam 2.20 petang Selasa selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, ibu mangsa  mengesyaki anaknya itu mempunyai hubungan dengan pengawal keselamatan terbabit selepas mendapat bukti mereka pernah dilihat bercium.

Bagaimanapun pelajar berkenaan enggan mengaku dia mempunyai hubungan dengan suspek walaupun didesak ibunya berkali-kali.
Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku mereka bercinta sejak Februari lalu dan pernah mengadakan hubungan seks dengan pelajar terbabit awal Mac lalu di dalam pos pengawal keselamatan.

Susulan itu, pihak polis telah membawa remaja itu menjalani pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang ( HPP).

Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tag: rogol, hubungan asmara, hubungan seks, pengawal keselamatan dicekup, pelajar Tingkatan Satu dirogol, A A Anbalagan, Ketua Polis Daerah Barat Daya


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.