Anak lelaki yang juga suspek utama kes bunuh seorang warga emas di Kampung Kanthan Baru, Chemor semalam direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 52 tahun tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini.
Tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Anak penggal kepala ayah, buang mayat dalam lubang pembetung
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata suspek dipercayai berbuat demikian selepas berang ditegur oleh bapanya yang berusia 74 tahun kerana didakwa melakukan kegiatan menghisap dadah di rumah mereka.
Mayat warga emas itu ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala, kaki, tangan dan badannya ditemui tertanam secara berasingan di belakang kediamannya di sini.
Mayat Yo Su Kim ditemui di beberapa lokasi berbeza dalam jarak 12 meter.
Kepala mangsa, tangan dan kaki ditanam secara berasingan manakala badannya dicampak ke dalam pembentungan belakang rumah sedalam lima kaki.
Yahya berkata siasatan di tempat kejadian menemukan sebilah parang sepanjang 0.6 meter di sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa.
Astro Awani
Wed Oct 10 2018
Unit forensik polis dan anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui di dua lokasi di belakang rumah di Kampung Kanthan Baru, semalam. -Foto Sinar Harian
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Anak bunuh bapa mabuk di Port Dickson
Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman DAmbang Kota, Lukut di sini tengah malam tadi.
Bapa maut dipukul anak dengan botol kaca selepas bertengkar
Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun maut dibunuh oleh anak lelakinya yang mengalami penyakit mental di kediaman mereka.
Anak bunuh, kerat tubuh bapa hingga 25 bahagian
Seorang anak bertindak kejam membunuh ayahnya dengan cara mencekik, menikam serta mengerat anggota tubuh badan bapanya menjadi 25 bahagian.
Penggal kepala, kerat badan bapa, suspek direman tujuh hari
Anak lelaki yang juga suspek utama kes bunuh seorang warga emas di Kampung Kanthan Baru, Chemor semalam direman tujuh hari bermula hari ini.
Berang dilarang keluar rumah, lelaki belasah bapa guna buluh dan simen sehingga mati
Akibat berang dengan nasihat larangan keluar rumah, seorang lelaki bertindak pukul bapa kandung menggunakan buluh dan simen di bahagian muka sehingga mati.
Didakwa ada kekasih gelap, bapa mati ditikam anak
Mangsa, seorang penganggur berusia 45 tahun, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan akibat tikaman di dada kiri di ruang tamu kediamannya pada kira-kira pukul 11 pagi.