Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) disebabkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi menteri-menteri Kabinet.
Beliau berkata penubuhan majlis itu yang terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat diperlukan untuk memberi input yang berguna kepada kerajaan.
"Sudah tentu input mereka amat penting untuk kita perhalusi dan kita akan membuat keputusan secara bersama kerana tindakan yang akan diambil itu akan memberi kesan positif kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan sewa khas untuk Haji dan Umrah, Amal oleh Malaysia Airlines di sini hari ini.
Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menulis dalam blog beliau, The Scribe, bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Dr Mahathir mempunyai maksud tersirat apabila perdana menteri merasakan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu-isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan penubuhan majlis itu yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Matlamat utama majlis yang akan dipengerusikan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Antara tokoh yang menganggotai majlis itu ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perbankan, Tan Sri Tay Ah Lek.
Mohamed Azmin, yang turut menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi itu berkata : "Kita dalam Pakatan Harapan bergerak dan bertindak secara kolektif dan keputusan Jemaah Menteri juga dibuat secara kolektif, sebab itu dibuat majlis ini."
Beliau berkata majlis itu bersifat 'action-oriented' dan fokus utamanya menangani masalah sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
"Kita mempunyai polisi jangka sederhana dan panjang tetapi yang lebih penting adalah pelaksanaannya yang dapat menghasilkan kesan yang positif.
"Majlis ini akan melihat apakah pendekatan-pendekatan segera dan jangka sederhana untuk menangani masalah ini," katanya.
Mohamed Azmin berkata mesyuarat pertama majlis itu akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan isu-isu yang dibincang adalah isu yang mendesak untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Mengenai hasrat AirAsia untuk membina sendiri lapangan terbang untuk syarikat itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai perkara itu terutamanya dari segi permintaan daripada industri yang juga melibatkan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa lain.
Bernama
Tue Feb 12 2019
Mohamed Azmin sangkal dakwaan penubuhan MTE disebabkan perdana menteri tidak puas hati dengan prestasi menteri Kabinet. -Gambar fail
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).