Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen empat peratus bagi skim simpanan pendidikan SSPN-i dan SSPN-i Plus untuk 2016.
Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemberian dividen ini melibatkan anggaran peruntukan RM76.74 juta yang akan mula dibayar bulan ini.
"Dividen ini akan memberi manfaat kepada lebih 2.7 juta pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan pengagihan dividen pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2016, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff.
Shamsul Anuar berkata kadar dividen empat peratus bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun 2016 adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas deposit yang diterima oleh PTPTN.
"Tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar kepada semua pihak, namun PTPTN masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN-i dan SSPN-i Plus yang diberikan seperti tahun sebelumnya," katanya.
Shamsul Anuar juga berkata prestasi penabungan SSPN-i/SSPN-i Plus meningkat 9.2 peratus kepada RM544.49 juta pada 2016 berbanding RM498.61 juta pada tahun sebelumnya.
"Ini menunjukkan bahawa terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi," katanya.
Sejak dilancarkan pada 2004 sehingga Dis 31, 2016, 2.7 juta akaun SSPN-i dibuka dengan jumlah deposit lebih RM2.6 bilion.
Bagi SSPN-i Plus yang dilancarkan pada 8 Jun 2015, 52,615 akaun dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta, dengan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga 2.3 bilion direkodkan sehingga 31 Dis, 2016.
Untuk 2017, PTPTN menyasarkan kutipan deposit sebanyak RM550 juta menerusi penambahan pembukaan akaun baharu sebanyak 350,000 melalui kempen di seluruh negara, kata Shamsul Anuar.
"Kita sedang giat menjelajah seluruh negara untuk meningkatkan jumlah deposit. Kita berharap rakyat memilih SSPN-i dan SSPN-i Plus, dan menyimpan secara konsisten dan agresif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017
Shamsul Anuar juga berkata prestasi penabungan SSPN-i/SSPN-i Plus meningkat 9.2 peratus kepada RM544.49 juta pada 2016 berbanding RM498.61 juta pada tahun sebelumnya. - Gambar fail
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
KAPB perkukuh prestasi, umum kadar dividen 8 peratus
Nilai pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh KAPB juga merupakan antara yang tertinggi di Malaysia dengan kadar terendah sebanyak 8 peratus dan tertinggi sebanyak 15 peratus.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.