Usia belasan tahun bukan penghalang bagi wakil Mesir, Taha Ezat Basyony Awad Ibrahim menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-59 apabila menjadi peserta paling muda tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Taha Ezat merupakan peserta pertama daripada enam peserta yang memperdengarkan bacaan suci ayat al-Quran malam tadi dalam majlis yang berlangsung sehingga Sabtu ini.
Berkomunikasi melalui penterjemah tempatan daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Taha Ezat yang merupakan anak kedua daripada dua beradik itu berkata beliau mula menghafaz al-Quran ketika berusia enam tahun bersama kakaknya.
"Saya berasa amat gemuruh pada awal bacaan namun semuanya terkawal seperti biasa kerana ini bukan pertama kali saya menyertai pertandingan seumpama ini.
"Dalam keluarga saya, saya berjaya menghafaz keseluruhan juzuk al-Quran tetapi kakak saya hanya manghafaz separuh sahaja dan ini merupakan hasil bimbingan guru saya iaitu Sheikh Muhammad Solah serta ayah saya," katanya ketika ditemui pemberita.
Taha Ezat menjadikan bapanya, imam sebuah madrasah sebagai idola dalam impiannya bergelar tahfiz dan lantaran itu beliau berharap dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Saya bercita-cita menjadi seorang guru agama dan penghafaz al-Quran pada masa hadapan, maka untuk merealisasikan cita-cita saya sedang melanjutkan pelajaran di Madrasah Al-Azhar di Kaherah, Mesir," katanya.
Di majlis itu juga, hadirin dipersembahkan dengan penampilan istimewa bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari jemputan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi,18, dari Kota Bahru, Kelantan yang membuka tirai hari pertama majlis tersebut.
Beliau yang cacat penglihatan dan membaca menggunakan al-Quran Braille, merupakan johan tilawah peringkat negeri berkenaan tahun ini dan juga memenangi tempat ketiga peringkat kebangsaan di Melaka, bulan lepas.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum dan timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha.
Bagi kategori Tilawah al-Quran, Malaysia akan diwakili johan qari dan qariah kebangsaan iaitu Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dari Kuala Lumpur dan Normalina Alias dari Negeri Sembilan.
Bagi kategori Hafazan al-Quran pula, Malaysia akan diwakili Mohamad Syazani Jemy dari Johor dan Nur Amalina Azharuddin dari Melaka.
Penilaian tilawah itu, yang bertemakan 'Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah', akan diadili 15 hakim profesional dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.
Seramai 89 peserta menyertai MTHQA ini membabitkan 33 orang daripada kategori hafazan dan 56 dalam kategori tilawah dari 55 negara termasuk Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Seramai 89 peserta menyertai MTHQA ini membabitkan 33 orang daripada kategori hafazan dan 56 dalam kategori tilawah dari 55 negara termasuk Malaysia. - Gambar hiasan
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.